Pengikat Rambut Getah
Pengikat Rambut Getah Bunga Melur
Ini adalah rekaan pengikat rambut bertemakan bunga melur. Bahan yang saya gunakan adalah dari riben. Mungkin tak kelihatan sangat seperti bunga melur disebabkan kedutannya yang banyak. Akan datang saya akan cuba perbaiki lagi.
Pengikat Rambut Getah Bunga Daisy
Ini adalah contoh rekabentuk daripada motif bunga daisy. Sederhana bukan? Tapi tak mengapa, memang sengaja saja buatkan ianya kelihatan ringkas. Sesekali nampak ringkas, apa salahnya kan!Pengikat Rambut Getah Mekar
Sebenarnya maaf kerana saya tak ingay motif apa rekabentuk ini.Tapi rekaan ini adalah dari material kain felt dan sedikit riben. Saja cuba-cuba kerana biasanya rekaan jenis ini saya buat untuk bunga-bunga telur dan bunga hiasan kereta. Tetapi saya ambil motifnya untuk diletakkan di pengikat rambut.
Pengikat Rambut Getah Bunga Ros
Seterusnya adalah pengikat rambut bertemakan bunga ros. Materialnya daripada reben. Motif ini boleh juga dijadikan sebagai tema pada bunga telur dan hiasan sebagainya. Sebarang pertanyaan sila hantar pesanan anda di salmisalamon82@gmail.com atau tinggalkan pesanan anda dilaman ini.