Monday, 12 November 2012

Pengikat Rambut Getah

 

Pengikat Rambut Getah Bunga Melur

 Ini adalah rekaan pengikat rambut bertemakan bunga melur. Bahan yang saya gunakan adalah dari riben. Mungkin tak kelihatan sangat seperti bunga melur disebabkan kedutannya yang banyak. Akan datang saya akan cuba perbaiki lagi.
 

                                           Pengikat Rambut Getah Bunga Daisy

 Ini adalah contoh rekabentuk daripada motif bunga daisy. Sederhana bukan? Tapi tak mengapa, memang sengaja saja buatkan ianya kelihatan ringkas. Sesekali nampak ringkas, apa salahnya kan!


Pengikat Rambut Getah Mekar


 Sebenarnya maaf kerana saya tak ingay motif apa rekabentuk ini.Tapi rekaan ini adalah dari material kain felt dan sedikit riben. Saja cuba-cuba kerana biasanya rekaan jenis ini saya buat untuk bunga-bunga telur dan bunga hiasan kereta. Tetapi saya ambil motifnya untuk diletakkan di pengikat rambut.

Pengikat Rambut Getah Bunga Ros

Seterusnya adalah pengikat rambut bertemakan bunga ros. Materialnya daripada reben. Motif ini boleh juga dijadikan sebagai tema pada bunga telur dan hiasan sebagainya. Sebarang pertanyaan sila hantar pesanan anda di salmisalamon82@gmail.com atau tinggalkan pesanan anda dilaman ini.

                             Sikat Rambut Mini Bunga





Macam pernah nampak tak kat mana-mana? Ini adalah rekaan saya yang pertama dalam rekabentuk sikat rambut mini ini. Taktau nak letak nama apa. Letak jela nama Sikat Rambut Mini Bunga. Rekaan ini adalah idea saya sendiri setelah melihat pin-pin bunga yang tengah hot remaja-remaja hari ini pakai sekarang. Macam cantik jer bunga-bunga ini diletakkan di aksesori wanita, sebab itulah saya hasilkan rekaan ini. Cantik tak? Memandangkan cantik itu subjektif so, semoga ada sebarang komen yang bakal menyusul untuk saya pertingkatkan hasil kerja saya ini. Tak kisah, nak komen apapun, saya terima dengan positif! Terima kasih kerana sudi menjenguk di laman ini....Sekarang kita tengok pula set sikat rambut mini bunga yang bewarna pink ini! Semoga anda gembira!





Boleh tinggalkan komen di laman ini atau sila emel saya di salmisalamon82@gmail.com.

                               SEPIT RAMBUT BUNGA


 Hai..berjumpa kita lagi...hmm macam biasalah, tujuan saya upload gambar ni adalah untuk mempromosikan produk saya seterusnya iaitu sepit rambut bunga. macam mana idea ini terhasil disebabkan memang saya sendiri meminati untuk memakai sepit2 rambut yang pelbagai rekabentuk. Terutamanya yang berbunga-bunga. Kebetulan saya selalu melihat kerongsang2 masa kini yang berbentuk sebegini apakata saya ilhamkannya kepada rekabentuk sepit rambut saya sendiri. Hasilnya? Lihatlah...beginilah sepit2 rambut keluaran dari myshopsalmi...


                       Sepit rambut bunga biru dan oren


 Sepit rambut bunga pink dan ungu


Sepit rambut hijau dan kuning


Untuk mendapatkannya, anda bolehla mengisi borang pesanan atau meninggalkan pesanan anda di blog saya ini untuk saya baca selepas ini. Harganya adalah berpatutan. Sila tinggalkan komen untuk saya pertingkatkan mutu keluaran produk ini. Terima kasih!