Tuesday 15 May 2012

Kerongsang manik berjurai


RM 5 & 6 setiap satu

                                     Kerongsang Manik  Berjurai

 Kerongsang manik berjurai boleh didapati di dalam harga RM 5 dan RM6 setiap satu. Pelbagai warna dan design. Juga boleh ditempah mengikut harga dan design yang dikehendaki, mengikut selera masing-masing..Sila hubungi jika berminat kerana ianya murah dan seperti yang anda biasa lihat dikedai2.

Friday 11 May 2012

Lekor Rotan



                                                   Lekor Rotan

Lekor rotan ini juga salah satu barangan yang mendapat sambutan ramai dari pelanggan. Boleh digunakan sebagai pengalas periuk, bekas atau kuali. Boleh diletakkan di atas meja hidangan untuk lauk pauk yang panas bagai mengelakkan kerosakan pada meja selain kain sebagai pengganti. Warna adalah pelbagai, tetapi untuk contoh seperti di atas bewarna pink putih. Murah dan beharga sekitar RM 5-10.

Beg kait Sunflower




                       Beg Kait Sunflower

Beg ini merupakan beg kait yang menggunakan teknik cantuman. Maksudnya, disiapkan dalam kepingan kemudian dicantum menjadi beg. Agak menarik dengan hiasan bunga bewarna kuning menghiasi kotak beg. Boleh dipelbagaikan dengan pelbagai warna mengikut kesukaan. Menggunakan sebanyak 18 biji benang. Boleh digunakan untuk ke kolej, shopping dan sebagainya.

Beg Kait Maria




                                                            Beg Kait Maria

Bersaiz 17inch x 12 inch. mempunyai jalinan corak seperti kerang.Boleh muat pelbagai jenis barang disebabkan saiznya yang agak lebih besar. lembutdan boleh dibasuh.

Thursday 10 May 2012

Beg Kait Merah

                                                    Beg Kait Merah

 Beg ini agak simple, sederhana dan kelihatan agak sedikit old fashion tetapi cantik bila digayakan untuk ke mana-mana . Boleh dibawa ke pejabat, masjid , pasar dan sebagainya. Bersaiz 12 inch x 13 inch. Warna mengikut citarasa.

Bakul, dulang dan cermin rotan!

                                                          Bakul Rotan

Bakul daripada rotan ini adalah hasil dari kraf ibu saya. Memang dah banyak dijual kepada jiran dan kawan-kawan ibu. Berharga dalam RM40 sebiji. Didatangkan dalam pelbagai warna. Tetapi kebiasaannya bewarna plain (putih) atau gabungan warna hijau putih,biru putih, dan merah putih. Boleh dijadikan sebagai tempat mengisi barangan bayi seperti kain lampin,botol air panas dan sebagainya. Boleh juga dijadikan sebagai beg ke pejabat dengan mengisi barang keperluan seperti fail atau buku. Sebarang pertanyaan boleh emel saya di salmisalamon82@gmail.com atau salmisalamon@yahoo.com. Boleh juga jumpa saya di www.facebook.com/salmisalamon.



                                                             Cermin Rotan

 Cermin rotan ini juga merupakan antara yang paling popular. Bewarna plain (putih), pink (seperti di atas), biru dan hijau. Boleh juga dihasilkan menggunakan warna-warna yang lain. Beharga di dalam sekitar RM40 sebiji. Sesuai dijadikan sebagai hiasan di dinding rumah atau di bilik.




                            Dulang rotan

Dulang rotan ini dihasilkan sebagai dulang untuk menghantar air atau makanan. kebiasaannya yang kita beli dari kedai plastik tu, agak nipis dan tidak mempunyai penghadang keliling seperti dulang rotan di atas. Antik dan selamat. Bewarna putih, hijau, biru ataupun merah. Sekiranya berminat boleh didapati dengan harga serendah RM25 sebiji.

Baby Giraffe..











                                                     
                                                        BaBy Giraffe...

Gambar-gambar di atas merupakan key chain anak patung zirafah yang bewarna kuning dan oren. Boleh diletakkan di rak sebagai hiasan ataupun sebagai key chain pada beg dan sebagainya. 3 baby giraffe ni aku buat sempena hari last aku kat skolah dan aku hadiahkan kat guru2 praskolah tmpt aku bertugas. saje sebagai cenderahati tanda kenangan! Anyway, kalo ada permintaan boleh diusahakan, warna mengikut citarasa. Kalau mahu dijadikan sebagai anak patung boleh juga, tetapi dengan menggunakan benang yang agak lebih tebal berbanding yang digunakan sekarang. Apa-apapun boleh email saya @ hubungi saya...Sila berikan komen anda..Terima kasih!







  YEllow Duck

Patung itik kuning ini merupakan first produk aku yang berasaskan anak patung. Menggunakan benang dari saiz yang agak besar dan berukuran 8 (tinggi)x5 1/2 (lebar). Boleh dibasuh, tetapi agak lambat untuk kering (disebabkan saiznya). Boleh didapati dalam pelbagai warna tapi kebiasaannya itik sama ada warna putih ataupun kuning oren.

welcome salmi!

BLOG PERCUBAAN YANG SEDANG DIDALAM PROSES PEMBIKINAN. MERUPAKAN BLOG YANG BERKAITAN HASIL KRAFTANGAN HOMEMADE CIPTAAN PENULIS. DIHARAP MENDAPAT SAMBUTAN! INSYAALLAH!